Monday, June 21, 2010

Babaiii

Babaii lefteye. Saya sudah tak mahu menulis dalam blog ni. Sebab banyak kisah duka saje dalam blog ni. Adakah bermakna saya tak mahu menulis lagi?? Bukan macam tu. Saya dah create blog yang baru. Mahu tinggalkan blog yang lama ini untuk suatu blog yang lebih baik (harap2). :)

Oh, gile skema penutup blog ni. Hehehe. Jadi kalau ada yang membaca blog ni, jom jumpa di blog baru saya - http://mylifeinthemodestlane.blogspot.com

Tapi belum berisi apa2 story lagi. Will update soon!! Babai lefteye!!!

Thursday, June 17, 2010

Dalam Dilema

Oh, ni bukan tajuk lagu kumpulan KRU. Walaupun masa zaman sekolah adalah kipas susah mati grup nii, tapi sejak meningkat dewasa minat tu makin pudar. Rasa cam dah tak best nak layan rap2 ni. Sekarang ni lagi la dah amik tau hal2 muzik kat Mesia ni. Sape artis baru pun tak kenal. Kalau tengok show Muzik-muzik tu memang haram nak kenal artis baru. Huhuhu. Eh, dah melalut. Bukan nak story pasal muzik sebenarnya. Tapi aku memang dalam dilema skarang ni.

Ceritanya gini. Dulu masa aku lepas pantang Humaira adalah dijaga oleh mak mertua aku. Lebih kurang dalam sebulan coz dalam waktu tu aku tengah renovate rumah. So takkan nak biar si kecik comel aku tu dok kat umah kan?? Dengan habuk segala. Tu yang bagi dowang jaga. Anyway, Humaira adalah baby yang kecik aje. Masa lahir dulu berat dua just 2.8kg je. Tapi bayangkan dalam masa sebulan mak mertua aku jaga dia leh naik sampai 4kg!! Memang nampak tembam je si kecik aku tu, sampai leher pun tak nampak.

Ok, lepas umah dah siap reno segala, kitorang pun bawak la balik Humaira ke rumah. Kat sini, kitorang hantar kat baby sitter kat sebelah umah. Bila gi inject Humaira untuk 2 bulan, berat dia naik 0.4kg je = 4.4kg je jadi berat dia. Takpe la, buat diam lagi. Tapi baru ni pegi inject untuk 3 bulan plak, berat Humaira still naik ciput aje. Aku macam apekahhh?? Dia tak kasi anak aku minum susu ke?? Sebab susu pun aku tengok yang letak kat umah dia lambat je habis sedangkan susu kat umah aku dah berganti and dah tinggal separuh even though bagi wktu malam on weekdays and whole day during weekend. Tak ke pelik??

Then, hubby aku lak gi story kat parents dia hal si Humaira ni. Udah ler dowang macam tak puas hati. Then terus offer nak amik Humaira untuk dowang jaga. Aduhhhh!! Tu yang aku dalam dilema tu. Bukan aku tak yakiin ngan dowang ke hape. Tapi dowang tu jauhhh. Kat Taiping nunn! Takkan la nak balik tetiap minggu nak tengok Humaira, banyak la duit aku. So, paling-paling pun once a month. Once a month?? Mana cukup nak tengok anak kesayangan aku tu. Tap kalau terus tinggal kat sini aku tak tau nak hanta kat sape lagi. Takkan nak hanta kat taska lak?? Lagi la a big no-no!!

Tu yang dalam dilema nih. Nak bagi dowang jaga, kang aku rindu. Mau tetiap malam aku nanges. Tapi pro-nya, anak aku akan terjamin dari seg makan pakainya. Lagipun bukan nak tinggal terus. At least paling lewat pun sampai umo setahun. Paling awal umur nam bulan.

Kalau terus tinggal kat sni ngan aku, kesian dia tak bape terjaga. Tengok dari gaya babysitter aku ni macam tak bape jaga je. Memang la dekat dengan aku, tapi aku juz leh pay attention pada dia on weekends je. Weekdays?? 5 hari vs 2 hari. Harus la aku kalah.

Humaira sayang, nak duduk dengan opah ke?? Nanti ibu rindu. Abang Haikal pun suka main dengan adik. Oh, macam ni pun air mata dah bergenang. Macam mana ni??

Meninggal kat bilik

This is sooo last week. Kan aku cuti lama sebab kenduri hari tu. Naik je ofis balik hari khamis sudah ada story. Time aku cuti hari tu ada orang mennggal kat dalam bilik ketua pentadbiran aku.

Ok, storynye cenggini. Kan hari tu aku de gtau yang kitorang baru pndah ofis kan?? By the way, ofis baru kitorang ni adalah agak mencabar perjalanan nak ke ofis. Ofis kitorang kat tingkat 1, tapi xde lif sume. Kalau dari parking depan, nak naik ofis kitorang kene menempuh banyak anak tangga+jalan dia pin adalah mendaki bukit. So, pada sape2 yang stok semput tu, memang agak mengah gak nak sampai ke atas building ofis ni.

Tu baru nak sampai building. Nak sampai ke ofis kene panjat tangga lagi. Hih, hazab. Memang tade manja2 la kat ofis baru ni. Huhuhu. Ok, kira yang datang hari tu adalah kontraktor yang nak discuss projek toilet kat ofis. Ade la nak reno sket. Dan diberitahu rupenye kontraktor ni ada masalah jantung. Tapi masa dia datang ofis tu tade sape pn tau dia ada penyakit.

Bila dia dah sampai atas, dowang kata dia terus gi round toilet, tade la nak duduk2 dulu. Dah habes round baru la masuk bilik ketua aku for further discussion. Tapi baru je nak diskusi sekali kontraktor ni sudah terjelepuk pengsan atas kerusi. Memula ingat pengsan biasa, tapi tengok udah lain macam KP aku soh s/u dia kol ambulance. Sekali ambulance plak salah tempat sebab ingat ofis ktorang still di building pentadbiran. Hampehhh. Nampak sangat la tak baca buletin. Huhu.

Bila ambulance sampai terus bawak g hospital serdang rasanya, dan pegawai perubatab sahkan dia dah meninggal. Bila aku tanya s/u KP aku tu, dia kata masa kat bilik tu ada orang yang cuba tutup mata jenazah tapi takleh. Seolah--olah arwah tu mati terkejut. Hoh, takut. Tu la kan Allah nak tunjuk. Bila2 je dia leh tarik nyawa. Lepas peristiwa tu KP aku baca yasin and baca al-quran dalam bilik dia. Mungkin dia pun cuak ke apa.

Eh, humaira dah bangun. Ok la, nti story lagi. Daaa.

Friday, June 11, 2010

Macam-macam ada

Hoh, lama dah tak update blog. Sekarang adalah sibuk sejak humaira dh lahir ni. Biasa la bila dh ada baby, keje makin banyak. Nak siapkan susu dia la, layan berak kencing dia, mandi dia. Agak letih coz haikal dh besar, so dh senang banyak. Ye la, dia dh leh msakan sendiri, mandi sendiri, berak sendiri, pakai baju sendiri, so memang banyak la rehat aku. Sekarang ni kene start over balik. Huhu, cepat la besar yer humaira..

12/5 adalah wedding anniversary, tapi tak celebrate sebab ape ntah. Then 6/6 besday aku, tak celeb gak sebab masa tu wat kenduri aqiqah humaira & haikal + wedding adik ipar aku. Frust gak. Balik dari kampung hari isnin, hari selassa tu cuti lepak kat unah. Memula ingat nak kuat celeb besday yang tertangguh, tapi badan adalah penat giler. So juz lepak kat umah tido je. Frust lagi.

Hari rabu cuti lagi. Sekali mr hubby bawak gi digi dan belikan aku handphone. BB!! Hepiiii!! Oh, suke banget sebab dapat fb, ym segala anytime. thanx yer bee. Lap u laaa. Tp bulan ogos ni harus aku kene balas hadiah best jugak untuk besday dia. Huhuhu. Ntah apa nak bagi ntah. Takpe, itu ade masa lagi, skang aku tengah hepiii!! :)

K la, sebenarnya ada story lagi, tapi udah ngantuk banget.. Nanti la sambung. Daaaa...

Thursday, May 6, 2010

Dah nak stat??

Nak stat apa?? Stat keje laaa... Isnin ni dah stat.. huhuhu.. Kalau cuti tu rasa kejap je kene keje balik, cube kalau keje, nak tunggu habis 1 hari pun kengkadang rasa lambat..

Neway, Humaira dah selamat balik kat umah aku, & alhamdulillah so far dia ok.. Malam pun tade meragam hape.. Tido dengan lena dan aman.. Bangun untuk menyusu sekali aje.. Bagus, baguss.. Teruskan anakku.. Buleh ibu pun tido dengan lena dan tenang jugak..

Ok la, tade pape nak update pun, juz nak gitau minggu depan dah stat keje.. Oh, & ada interview sekali.. InsyaAllah, kalau ada rezeki baby, dapat la.. Tak dapat pun tak frust sangat, tapi tak salah cube kan? Wish me luck k...

Tuesday, April 20, 2010

Tak habis-habis lagi?!!

Ye, memang tak habis2 lagi isu kontraktor nih.. Sebabnye, ada lagi keje yang belum selesai.. Hari tu janji nak datang buat awning depan dan belakang, tapi bile kol kata tak jadi datang.. Bungukss laa.. Have to say, hati sangat panass.. Bile tengok je rumah mesti rasa berasappp je.. Hangenn lerr.. My hubby pun hangin, dan dia bertambah-tambah hangin bile tengok aku hangin..

So, 1 nite tu, my hubby kol orang yang bijak pandai yang telah merekemenkan mangkuk hayun nih.. Story la pe masalah sume, soh dia cakap ngan kawan dia tu, buat la elok2 sket.. Tapi si tolol nih pun satu gak, buleh plak dia defend mangkuk hayun tu, kata dia banyak keje la, ada masalah umah tangga laa.. Hotak kauuu.. Aku pedulik hape ko ada masalah rumah tangga ke, bini ko nak main kayu tiga ke, tade kene mengena ngan umah aku.. Pastu buleh plak dia nak nasihatkan orang.. Apa la punye manusia nih..? Dah cakap2 rupe-rupenye tolol nih ada la hutang budi kot kat mangkuk nih, sebab bebila ada kerosakan kat umah dia, dia panggil mangkuk nih betulkan - F.O.C.. So, kunun nak balas budi, dia rekemen mangkuk nih kat sape2.. Double bunguksss..! Ko rekemen semata-mata tu je?

Dah la mangkuk tu bile kol je taknak angkat.. Berani mesej je.. Bila ajak jumpe one by one, tak berani.. Nak kene si tolol tu teman.. Apa, ingat aku takut kat si tolol tu? Memang jantan tak bertelur betul la dowang nih! Takpe, satu hari nanti memang aku akan jumpe gak mangkuk hayun tu, siap la dia aku sembur.. Baik la dia berdoa banyak2 sebab harus makan dalam punyer bile aku sembur dia nanti..

Dan si tolol tu pun, haihhh.. Cukup2 la, aku pun tanak tengok muke ko lagi lepas nih..

* Tolol = orang yang merekemen
* Mangkuk/mangkuk hayun = kontraktor

Tuesday, April 13, 2010

All these while, ko la tali barutnya!

Have to say, since Humaira's birth, memang banyak perkara yang happened dalam life aku.. Takde la semuanya buruk, but then banyak perkara nih yang telah membuka minda & mata aku pada sesetengah orang.. Orang2 yang just pandai bercakap, pandai nasihat orang, tapi application kat diri sendiri adalah FAIL..

Memang ramai orang cenggini.. Especially kalau cakap pasal agama.. Ohh, dia la yang pandai banget, orang sume salah, orang sume tak betul, orang sume shallow.. Dia la yang hidup ikut landasan agama, tapi hari2 dok ngata orang, dok sakitkan hati orang.. Haih, payah nak cakap..

Senang cakap, semua bende happened within my own family.. Memang before this dah notice, but i just being ignorant, sebab family kan? But now macam dah takleh nak cover.. Rasa sangat over diowang tu.. Details? Takyah la, it's for me to know, and not for you to find out.. Standard la, there are ups and downs in the family.. So, this is one of the down time for my family..

Well, benda yang happened adalah berkait-kait dan ada sorang mangkuk nih a.k.a my cousin sebelah father selama ni adalah tali barut/talam/informer to someone close to me.. Last nite, my hubby called him to ask him the truth, and he told the truth.. All these while, memang dia jadi informer to that person.. And I wonder if he tells the truth all the time.. Feel so cheated.. Coz we are close.. How could he?

After I've known the truth, I straight away deleted him from my FB.. Tanak dia tau all my activities, nanti dia report lagi ntah.. Apa pun, I won't trust him ever again.. And maybe, I won't even contact him ever again.. Cukup la.. Orang macam nih memang layak dok kat tong sampah je.. Benciiiii!!!