Monday, June 21, 2010

Babaiii

Babaii lefteye. Saya sudah tak mahu menulis dalam blog ni. Sebab banyak kisah duka saje dalam blog ni. Adakah bermakna saya tak mahu menulis lagi?? Bukan macam tu. Saya dah create blog yang baru. Mahu tinggalkan blog yang lama ini untuk suatu blog yang lebih baik (harap2). :)

Oh, gile skema penutup blog ni. Hehehe. Jadi kalau ada yang membaca blog ni, jom jumpa di blog baru saya - http://mylifeinthemodestlane.blogspot.com

Tapi belum berisi apa2 story lagi. Will update soon!! Babai lefteye!!!

Thursday, June 17, 2010

Dalam Dilema

Oh, ni bukan tajuk lagu kumpulan KRU. Walaupun masa zaman sekolah adalah kipas susah mati grup nii, tapi sejak meningkat dewasa minat tu makin pudar. Rasa cam dah tak best nak layan rap2 ni. Sekarang ni lagi la dah amik tau hal2 muzik kat Mesia ni. Sape artis baru pun tak kenal. Kalau tengok show Muzik-muzik tu memang haram nak kenal artis baru. Huhuhu. Eh, dah melalut. Bukan nak story pasal muzik sebenarnya. Tapi aku memang dalam dilema skarang ni.

Ceritanya gini. Dulu masa aku lepas pantang Humaira adalah dijaga oleh mak mertua aku. Lebih kurang dalam sebulan coz dalam waktu tu aku tengah renovate rumah. So takkan nak biar si kecik comel aku tu dok kat umah kan?? Dengan habuk segala. Tu yang bagi dowang jaga. Anyway, Humaira adalah baby yang kecik aje. Masa lahir dulu berat dua just 2.8kg je. Tapi bayangkan dalam masa sebulan mak mertua aku jaga dia leh naik sampai 4kg!! Memang nampak tembam je si kecik aku tu, sampai leher pun tak nampak.

Ok, lepas umah dah siap reno segala, kitorang pun bawak la balik Humaira ke rumah. Kat sini, kitorang hantar kat baby sitter kat sebelah umah. Bila gi inject Humaira untuk 2 bulan, berat dia naik 0.4kg je = 4.4kg je jadi berat dia. Takpe la, buat diam lagi. Tapi baru ni pegi inject untuk 3 bulan plak, berat Humaira still naik ciput aje. Aku macam apekahhh?? Dia tak kasi anak aku minum susu ke?? Sebab susu pun aku tengok yang letak kat umah dia lambat je habis sedangkan susu kat umah aku dah berganti and dah tinggal separuh even though bagi wktu malam on weekdays and whole day during weekend. Tak ke pelik??

Then, hubby aku lak gi story kat parents dia hal si Humaira ni. Udah ler dowang macam tak puas hati. Then terus offer nak amik Humaira untuk dowang jaga. Aduhhhh!! Tu yang aku dalam dilema tu. Bukan aku tak yakiin ngan dowang ke hape. Tapi dowang tu jauhhh. Kat Taiping nunn! Takkan la nak balik tetiap minggu nak tengok Humaira, banyak la duit aku. So, paling-paling pun once a month. Once a month?? Mana cukup nak tengok anak kesayangan aku tu. Tap kalau terus tinggal kat sini aku tak tau nak hanta kat sape lagi. Takkan nak hanta kat taska lak?? Lagi la a big no-no!!

Tu yang dalam dilema nih. Nak bagi dowang jaga, kang aku rindu. Mau tetiap malam aku nanges. Tapi pro-nya, anak aku akan terjamin dari seg makan pakainya. Lagipun bukan nak tinggal terus. At least paling lewat pun sampai umo setahun. Paling awal umur nam bulan.

Kalau terus tinggal kat sni ngan aku, kesian dia tak bape terjaga. Tengok dari gaya babysitter aku ni macam tak bape jaga je. Memang la dekat dengan aku, tapi aku juz leh pay attention pada dia on weekends je. Weekdays?? 5 hari vs 2 hari. Harus la aku kalah.

Humaira sayang, nak duduk dengan opah ke?? Nanti ibu rindu. Abang Haikal pun suka main dengan adik. Oh, macam ni pun air mata dah bergenang. Macam mana ni??

Meninggal kat bilik

This is sooo last week. Kan aku cuti lama sebab kenduri hari tu. Naik je ofis balik hari khamis sudah ada story. Time aku cuti hari tu ada orang mennggal kat dalam bilik ketua pentadbiran aku.

Ok, storynye cenggini. Kan hari tu aku de gtau yang kitorang baru pndah ofis kan?? By the way, ofis baru kitorang ni adalah agak mencabar perjalanan nak ke ofis. Ofis kitorang kat tingkat 1, tapi xde lif sume. Kalau dari parking depan, nak naik ofis kitorang kene menempuh banyak anak tangga+jalan dia pin adalah mendaki bukit. So, pada sape2 yang stok semput tu, memang agak mengah gak nak sampai ke atas building ofis ni.

Tu baru nak sampai building. Nak sampai ke ofis kene panjat tangga lagi. Hih, hazab. Memang tade manja2 la kat ofis baru ni. Huhuhu. Ok, kira yang datang hari tu adalah kontraktor yang nak discuss projek toilet kat ofis. Ade la nak reno sket. Dan diberitahu rupenye kontraktor ni ada masalah jantung. Tapi masa dia datang ofis tu tade sape pn tau dia ada penyakit.

Bila dia dah sampai atas, dowang kata dia terus gi round toilet, tade la nak duduk2 dulu. Dah habes round baru la masuk bilik ketua aku for further discussion. Tapi baru je nak diskusi sekali kontraktor ni sudah terjelepuk pengsan atas kerusi. Memula ingat pengsan biasa, tapi tengok udah lain macam KP aku soh s/u dia kol ambulance. Sekali ambulance plak salah tempat sebab ingat ofis ktorang still di building pentadbiran. Hampehhh. Nampak sangat la tak baca buletin. Huhu.

Bila ambulance sampai terus bawak g hospital serdang rasanya, dan pegawai perubatab sahkan dia dah meninggal. Bila aku tanya s/u KP aku tu, dia kata masa kat bilik tu ada orang yang cuba tutup mata jenazah tapi takleh. Seolah--olah arwah tu mati terkejut. Hoh, takut. Tu la kan Allah nak tunjuk. Bila2 je dia leh tarik nyawa. Lepas peristiwa tu KP aku baca yasin and baca al-quran dalam bilik dia. Mungkin dia pun cuak ke apa.

Eh, humaira dah bangun. Ok la, nti story lagi. Daaa.

Friday, June 11, 2010

Macam-macam ada

Hoh, lama dah tak update blog. Sekarang adalah sibuk sejak humaira dh lahir ni. Biasa la bila dh ada baby, keje makin banyak. Nak siapkan susu dia la, layan berak kencing dia, mandi dia. Agak letih coz haikal dh besar, so dh senang banyak. Ye la, dia dh leh msakan sendiri, mandi sendiri, berak sendiri, pakai baju sendiri, so memang banyak la rehat aku. Sekarang ni kene start over balik. Huhu, cepat la besar yer humaira..

12/5 adalah wedding anniversary, tapi tak celebrate sebab ape ntah. Then 6/6 besday aku, tak celeb gak sebab masa tu wat kenduri aqiqah humaira & haikal + wedding adik ipar aku. Frust gak. Balik dari kampung hari isnin, hari selassa tu cuti lepak kat unah. Memula ingat nak kuat celeb besday yang tertangguh, tapi badan adalah penat giler. So juz lepak kat umah tido je. Frust lagi.

Hari rabu cuti lagi. Sekali mr hubby bawak gi digi dan belikan aku handphone. BB!! Hepiiii!! Oh, suke banget sebab dapat fb, ym segala anytime. thanx yer bee. Lap u laaa. Tp bulan ogos ni harus aku kene balas hadiah best jugak untuk besday dia. Huhuhu. Ntah apa nak bagi ntah. Takpe, itu ade masa lagi, skang aku tengah hepiii!! :)

K la, sebenarnya ada story lagi, tapi udah ngantuk banget.. Nanti la sambung. Daaaa...

Thursday, May 6, 2010

Dah nak stat??

Nak stat apa?? Stat keje laaa... Isnin ni dah stat.. huhuhu.. Kalau cuti tu rasa kejap je kene keje balik, cube kalau keje, nak tunggu habis 1 hari pun kengkadang rasa lambat..

Neway, Humaira dah selamat balik kat umah aku, & alhamdulillah so far dia ok.. Malam pun tade meragam hape.. Tido dengan lena dan aman.. Bangun untuk menyusu sekali aje.. Bagus, baguss.. Teruskan anakku.. Buleh ibu pun tido dengan lena dan tenang jugak..

Ok la, tade pape nak update pun, juz nak gitau minggu depan dah stat keje.. Oh, & ada interview sekali.. InsyaAllah, kalau ada rezeki baby, dapat la.. Tak dapat pun tak frust sangat, tapi tak salah cube kan? Wish me luck k...

Tuesday, April 20, 2010

Tak habis-habis lagi?!!

Ye, memang tak habis2 lagi isu kontraktor nih.. Sebabnye, ada lagi keje yang belum selesai.. Hari tu janji nak datang buat awning depan dan belakang, tapi bile kol kata tak jadi datang.. Bungukss laa.. Have to say, hati sangat panass.. Bile tengok je rumah mesti rasa berasappp je.. Hangenn lerr.. My hubby pun hangin, dan dia bertambah-tambah hangin bile tengok aku hangin..

So, 1 nite tu, my hubby kol orang yang bijak pandai yang telah merekemenkan mangkuk hayun nih.. Story la pe masalah sume, soh dia cakap ngan kawan dia tu, buat la elok2 sket.. Tapi si tolol nih pun satu gak, buleh plak dia defend mangkuk hayun tu, kata dia banyak keje la, ada masalah umah tangga laa.. Hotak kauuu.. Aku pedulik hape ko ada masalah rumah tangga ke, bini ko nak main kayu tiga ke, tade kene mengena ngan umah aku.. Pastu buleh plak dia nak nasihatkan orang.. Apa la punye manusia nih..? Dah cakap2 rupe-rupenye tolol nih ada la hutang budi kot kat mangkuk nih, sebab bebila ada kerosakan kat umah dia, dia panggil mangkuk nih betulkan - F.O.C.. So, kunun nak balas budi, dia rekemen mangkuk nih kat sape2.. Double bunguksss..! Ko rekemen semata-mata tu je?

Dah la mangkuk tu bile kol je taknak angkat.. Berani mesej je.. Bila ajak jumpe one by one, tak berani.. Nak kene si tolol tu teman.. Apa, ingat aku takut kat si tolol tu? Memang jantan tak bertelur betul la dowang nih! Takpe, satu hari nanti memang aku akan jumpe gak mangkuk hayun tu, siap la dia aku sembur.. Baik la dia berdoa banyak2 sebab harus makan dalam punyer bile aku sembur dia nanti..

Dan si tolol tu pun, haihhh.. Cukup2 la, aku pun tanak tengok muke ko lagi lepas nih..

* Tolol = orang yang merekemen
* Mangkuk/mangkuk hayun = kontraktor

Tuesday, April 13, 2010

All these while, ko la tali barutnya!

Have to say, since Humaira's birth, memang banyak perkara yang happened dalam life aku.. Takde la semuanya buruk, but then banyak perkara nih yang telah membuka minda & mata aku pada sesetengah orang.. Orang2 yang just pandai bercakap, pandai nasihat orang, tapi application kat diri sendiri adalah FAIL..

Memang ramai orang cenggini.. Especially kalau cakap pasal agama.. Ohh, dia la yang pandai banget, orang sume salah, orang sume tak betul, orang sume shallow.. Dia la yang hidup ikut landasan agama, tapi hari2 dok ngata orang, dok sakitkan hati orang.. Haih, payah nak cakap..

Senang cakap, semua bende happened within my own family.. Memang before this dah notice, but i just being ignorant, sebab family kan? But now macam dah takleh nak cover.. Rasa sangat over diowang tu.. Details? Takyah la, it's for me to know, and not for you to find out.. Standard la, there are ups and downs in the family.. So, this is one of the down time for my family..

Well, benda yang happened adalah berkait-kait dan ada sorang mangkuk nih a.k.a my cousin sebelah father selama ni adalah tali barut/talam/informer to someone close to me.. Last nite, my hubby called him to ask him the truth, and he told the truth.. All these while, memang dia jadi informer to that person.. And I wonder if he tells the truth all the time.. Feel so cheated.. Coz we are close.. How could he?

After I've known the truth, I straight away deleted him from my FB.. Tanak dia tau all my activities, nanti dia report lagi ntah.. Apa pun, I won't trust him ever again.. And maybe, I won't even contact him ever again.. Cukup la.. Orang macam nih memang layak dok kat tong sampah je.. Benciiiii!!!

Tuesday, April 6, 2010

U Suckssss!!!!

Bengang + hangeeennnnn je ngan kontraktor yang buat umah nih.. Udah la lembab, pastu buat keje cincai boncai je.. Patut dah lama siap, tapi sampai skang nih still in progress.. Tu pun bukan sebab apa, sebab aku n hubby tak puas hati dengan keje2 dowang nih.. Then we called the contractor to buat balik apa yang patut, sampai kitowang puas hati..

Ni la rupenye kalau bagi keje kat kontraktor MELAYU.. Bukan nak kutuk kaum sendiri, tapi haihhhhh.. Malas cakap la.. Bile dah bagi peluang, dowang buat taik lak.. Orang yang merecommendkan kontraktor nih pun leh buat bodo je.. Dah ko recommend, ko buat kering.. Tau amik komisyen je kot? Memang cibai..!

Sekarang, amikk kauuuu.. Ko datang la sampai hujung tahun sekali pun, selagi aku tak puas hati, ko buat la umah nih.. Kontraktor tu siap cakap, kalau buat balik habis la kos dia kene kuar.. WTF laa.. Kalau ko buat keje elok2 dari awal, takyah la ko buat keje 2,3 kali kan? Ko nak kire kos? Barang2 kat umah aku nih pun banyak yang damage sebab budak ko buat keje cam takde mata, ko nak ganti? Jangan bagi aku sembur ko, kang tak pasal ko takleh carik makan pasnih..

Memang hangen satu badan nih.. Tobat pasnih kalau nak reno pape kat umah, no more Malay contractor.. Baik amik chinese, even though mahal sket, but then selalunye puas hati.. BTW, contractor nih pun, bukan murah jugak.. Quite expensive gak price dia.. Cuba la buat taik, aku tak halal satu sen pun duit aku kangggg, tak senang je hidup ko.. Gerammmm...!!!!

Finally.. It's a girl!!!

Yup, on 11 March 2010 @ 12.27pm, I have given birth to a beautiful baby girl, Syafiqah Humaira bt. Shah Rolnizam.. Alhamdulillah, it was an eazy breezy delivery.. I was in pain less than half hour, and there comes my beautiful princess into the world..

Actually, I felt weird even when I was still at home.. I felt a bit pain in my tummy, felt like nak terberak.. Hehe.. I did go to the toilet, but then tak membuang plak.. So, I juz decided to go to work..

Sampai ofis, still bleh bergelak ketawa ngan colleagues, siap makan mi bandung for breakfast.. Then, I finished off my work, buat filing sume kasik complete so it will be easier for the person yang akan tanggung keje aku while I'm on leave nanti go through the files.. Dah siap2 bagi amanat sume kat member.. Masa breakfast tu pun sebenarnya rasa perut sakit, and siap pergi toilet sume.. But then, around 11 am rasa sakit lagi, tp still confuse adakah ini contraction? Huhuhu.. Serius, lupe camne rasa contraction.. Tapi around 11.10 am rasa sakit lagi.. Sudah rasa tak sedap hati, I called hubby and told him that I think I'm going to deliver.. He asked me to go to hospital immediately, and he will come soon..

So I told my colleagues that I'm going to the hospital - that was about 11.30.. I drove to the hospital by myself.. I was in pain jugak masa drive tu, but thankfully, boleh bertahan.. Sampai je hospital, terus park kat depan2 wad bersalin tu, siap cakap kat Guard, "saya dah sakit perut, nanti husband saya alih kereta".. Guard tu terus cakap, "masuk dalam cepat.." Tau gabra dia.. Hehe..

Masuk dalam, straight away bagitau nurse perut dah sakit.. Dia soh amik air kencing, then masuk dalam satu bilik dia nak check baby's heartbeat and contraction.. This was about 12.00 pm.. Sempat la nurse pelatih tu interview jap, then staff nurse kat situ check bukaan, dah bukak 7cm! Huh!! Terus diowang amik wheelchair, since aku pun dah start cakap dah sakit sangat, then tolak aku masuk labour room.. Rasanya dokdlm labour room tu pun jap je, sempat la tukar baju, then terus aku push 2x and akhirnya keluar la puteri aku ke dunia nih @ 12.27 pm.. Alhamdulillah sangat.. Bersalin kali nih sangat senang dan lancar.. Doc showed me the baby n took her away.. And after that, macam biasa, aku diberi minum and then, jahit apa yang patut, then rilex..

Hubby arrived around 1+ pm, masa tu tengah susukan baby.. He cried, cause he thought he wanted to be with me while I deliver, tapi tak sempat.. Takpe la, janji dah selamat delivered.. Hubby azan dan qamatkan baby, and keluar..

I stayed 1 nite in the hospital, and was discharged the next day.. Alhamdulillah again, my daughter is healthy, takde kuning sume..

So, that was the story of my delivery.. I'm so thankful that Allah fulfilled my wish - to have a daughter.. Since now I have a pair of children - 1 son and 1 daughter, I think I can rest for a long while after this.. :)

To all friends that gave me all the best wishes, thanx a lot..

Tuesday, March 9, 2010

New Office

At last, after delaying for I dunno how many times, finally we're in our new office.. Kalau ikutkan, we should move by January, but due to some problems, we need to delay our move..

However, now that everything's settled, we finally moved last week, on Thursday and Friday (angkut barang).. Sangat letih, walaupun kitorang takde la angkat pape pun, since we use movers.. But our new office is on 1st floor and NO LIFT okkk.. Kene naik tangga.. Dah la seblom naik tangga kene naik bukit.. Wahhh.. Harus pasnih perasan leh kurus after give birth.. Exercise la kunun naik tangga hari-hari.. :)

BUT, we move here dalam keadaan agak daif.. Certain furniture memang dah sampai, like a very basic needs - desks, chairs.. But lain-lain blom sampai lagikk.. Maybe this Thursday baru sampai (esok ler tu).. Oh, tak sabar nak tunggu lori IKEA sampai.. Yeay!! Haa.. mana ada lagi ofis gomen pakai furniture IKEA.. Even, swasta pun blom tentu dapat.. So, memang semangat nak keje nih.. Hehe.. Ye la, barang umah nak merasa IKEA memang nehi, nehi laa.. Banyak duit aku..?

Anyway, dah naik turun tangga, dah panjat bukit segala, my baby still comfortable in the womb.. Blom ada tanda-tanda nak kuar lagi.. Cepat la kuar sayang oii.. Ibu dah letih dah bawak perut nih haaa.. But then, fikir lak, if sakit nak bersalin kat ofis nih, mampus gue nak turun tangga.. Adoi laa.. Sape nak bawak gi spital.. Ada ke orang nak dukung aku? Hahaha.. Oh, hopefully sakit masa hari cuti.. So baby, stay in there at least until Friday evening k.. :D

Tuesday, March 2, 2010

Counting Days..

I'm now 38 weeks pregnant.. Kalau ikutkan, pregnancy period is about 40 weeks.. So, there's another 2 weeks before my delivery.. But then, by this time, I can deliver at any time if tanda2 bersalin dah ada.. Huhuhu.. Nervous laaa.. Hopefully everything will go on smoothly.. Hopefully my hubby can make it to be with me during my labour.. Risau gak, since my hubby now works in Sepang.. Jauh ooooo...

There's a lot in my mind.. Can I drive to hospital by myself if Mr. Hubby not around? How about Haikal? Huhhh.. Hopefully aku bersalin time cuti, at least Mr. Hubby will be around..

Tuesday, February 23, 2010

'GOTCHA!!'

Nope, i'm not being gotcha.. But I love to listen to Gotcha Calls on Hitz.fm every morning on my way to work.. And this morning, I thought the call was quite interesting..

It was the son who actually set up his mother for a gotcha call.. So the Hitz crew called the mother, saying that she's her son's girlfriend.. She told the mother that her son has actually promised to marry her and already gave her a ring but took it back.. And now, her son is avoiding her and not answering her phone calls and so on.. She even said she's coming from France and now dunno what to do since she has nobody here in Malaysia..

The mother, even quite shocked, sounded soooo calm and relax.. She even ask the girl's address so that they can meet up.. But the girl's reluctant, saying that she just want to find his son.. Can't recall how the call was actually ended but when she was told that she was being gotcha, she just laugh.. Haha.. What a sporting mother!

I wish I will be a sporting and supporting mother to my children.. I want my children to make me their friend, tell me their joy, sadness, worries, and at the same time respect me as a mother too.. I even practice with Haikal now.. Everytime I pick him up from Taska, I'll ask him what's happening today, what did he do.. And he will tell stories, even sometimes tak paham kejadah pun pe yang dia cakap..! Hahaha.. But still I listen with full interest and responded to what he has to say..

Will I be a good mother? Am I being a good mother? I will be!! :)

Friday, February 19, 2010

It's Been Quite Some Times..

It's been quite some times since my last entry.. Not that I don't have any story to share, but been too tired to write.. Am 9 and a half months pregnant now, and doc said if 'tanda2 bersalin' is there, straight away go to the hospital!! Huhuhu.. Even though this is my 2nd child, still am quite nervous and scared to face my delivery moment.. Hopefully, this one will be as smooth as Haikal's.. :)

Well, February is coming toward its end, and am glad to say, lotsa good things happened.. Alhamdulillah.. For those who don't know, I've moved to Kajang already.. Yes, bought a house here and the timing is just right.. My hubby was transferred to Sepang, and since we stayed in quarters last time, we have to move out.. Thankfully, by that time, everything is settled - we got the money, we got the house key.. I might say, everything goes on quite smoothly.. For those whose asking "bile nak buat house warming?" Wait laa.. After confinement maybe? Hehe.. Don't worry, memang ada plan nak buat, tapi since tengah sarat nih, tunggu la dulu yer...

Second - since I work in government sector, our pangkat is based on grade.. And this year, CUEPACS managed to upgrade all secretary's grade which lead to salary increase as well! Yeay!! Alahhh.. tapi setakat gaji gomen, bukanla banyak mana sangat pun.. But, boleh laaa.. Rezeki baby.. *Wink*

Third - Have found a contractor to do some renovation to our 'old' house.. Yup, we bought an old house je.. Padan la dengan harga and kelayakan kitorang ni.. But at least, it's our own house kan? And it's not a renovation besar-besaran pun, juz need to have the wall painted, change the whole wiring system, kitchen cabinet and other small-small things.. Jadilaa.. Buat yang basic dulu.. Plan to start once I delivered and start my confinement.. InsyaAllah, by the time my confinement ends, the house is ready.. :)

Fourth - Nak pindah ofis next week.. Bigger space, and I got my own room.. :) Walaupun sebenarnya, lagi suke dok kat luar ngan kengkawan, lagi kecoh! But then, having my own room pun is a good thing.. At least, i'll have my privacy.. And also, all our furniture will be from IKEA.. hahaha.. stylo la sket.. takde la orang kata typical government office.. Can't wait to see my new office! Excited!!

Fifth - Since we moved to Kajang, we've sent Haikal to taska instead of 'rumah orang'.. Alhamdulillah, memang nampak progress Haikal kat sini.. Now, he can recite doa makan and doa lepas makan along with the meaning.. Suke sangat dengar dia baca.. So cute..! And memang everytime we're having our meal, we'll ask him to recite the doa.. But with us only, coz last time we balik Gombak, asks him to recite the doa for atuk and nenek, tanak plak!! Malu kot.. Hehe.. And he looks happier now, maybe sebab dah ramai kawan..

Ermm.. so far that's all the good things yang happened.. Memang rezeki anak kali ni banyak sangat.. Syukur alhamdulillah.. So now, waiting for my delivery je la.. Hopefully selamat.. Doa-doakanla ye.. Will surely inform once i've delivered okehh..

Tuesday, December 15, 2009

Goodbye 2009, Welcome 2010??

Haluuu.. Lamanye tak mengepost kat sini.. Actually, lotsa things going on in my life this past few months.. But, it was too personal to share here, so instead of writing in my blog, i'm juz writing in my diary..

Tengok tajuk, macam dah nak abes tahun sangat dah kan?? Ada lagi 2 minggu lebey kurang before 2009 ended, but I do wish this year to end quickly coz 2009 is definitely not my year!! Ye la, dengan my hubby sakit hari tu, until now, still so-so.. Kadang OK, kadang KO gak.. Then, kaki me lak kene hempap meja.. Nasib tak patah riuk.. But then, still tulang terbonjol kuar from my 3rd toes.. Hmm.. Nak jalan pun xleh nak bengkok2 kaki.. Udah la membawak perut yang boyot nih ha.. Sakit pinggang mak nok!

Latest, my hubby kene tuka gi Sepang.. Sudah! Kene kuar kuarters la plak.. Huhuhuhu.. So, by end of this month or early next month, we have to move out.. Satu keje la plak tengah memboyot nih nak ngemas barang bagai.. Sib baik la these 4 weeks ni, juz keje 4 days a week.. So ada xtra time untuk kemas barang sikit2..

Too many things happened, and until now still banyak bende yang belum resolve.. I try to be strong, but at times, I feel weak.. Walaupun, me nak sangat 2009 to end, but i'm also not really welcoming year 2010 to come.. Huhuhuhu.. Bcoz the 1st half of next year will also be a hectic, tiring, frustating year for me.. If only I can leap up to 2011 terus!! Bleh ka?

Anyway, me tau, mesti ada hikmah di sebalik sume ujian nih.. Ye la, Allah beri ujian supaya dapat meningkatkan iman kite, betul tak? Cume kengkadang, setan tu memang saja buat me nih rasa marah dan give up.. Hopefully sumenye berjalan lancar for me n my family.. InsyaAllah....

THE CLIMB by Miley Cyrus

I can almost see it
That dream I'm dreaming but
There's a voice inside my head sayin
You'll never reach it
Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle
Sometimes I'm gonna to have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down but
No I'm not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I'm going to remember most yeah
Just got to keep going
And I, I got to be strong
Just keep pushing on cause

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle
Sometimes I'm gonna to have to lose
Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the CLIMB....


Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
It's all about
ps: Love this lyric so much.. Mcm kene je dengan condition me skang.. But sometimes, I do feel tired to CLIMB..

Friday, August 21, 2009

Hari ini hari Jumaat..

Yer.. hari nih hari Jumaat.. Hari yang sangat menggembirakan bagi kaum hawa yang keje kat gomen.. sebab time rehat adalah 2 jam setengah.. dan saya adalah antara manusia yang hepi itu.. hehe..

Tapi hari nih takde aktiviti la plak.. bebudak nih sume dok diam je.. kalau tak tu gatal je ajak gi makan la, gi window shopping ke tak pun gi karaoke.. (huh.. org gi semayang, kitorang gi melalak..) Maybe sume dok prektis nak hadap bulan pose yang akan bermula esok kot.. jadi biasa la, masing2 dok bergulung tido..

Memula me dok ler melepak depan pc, surf la pape yang patut.. tapi lelama agak kematu dah montot nih, haih.. baik gi tido kat surau jap.. pastu leh tros semayang.. cantikkk.. ambik telekung, amik shawl, terus turun tingkat 1.

Sampai surau, ada la 3-4 orang umat yang dah terbongkang.. me pun carik pott baik punye, amik sejadah nak buat bantal, baring n gune shawl jadik selimut.. sebabnye, surau itu aircondnye sangat sejuk mengalahkan winter sonata okehh.. boleh beku dibuatnya dalam tu..

Tapi rasanya tak sampai sejam pun me tido, tak sempat pun air liur basi nak meleleh, tetiba....



"Weh, bape hengget aa?? 60 ke 70??

"Ntah, 60 kot, nape??"

"Beli je la kan..?"

"Sukati la, weh besok aku bawak brooch tau, nanti beli ea?"

"Ala, si yati tu pun jual brooch la.."

"Eh aku punye murah je, 13 hengget je tau.. Latessttt design ko tau.. Ada bentuk rama2 bagai, si yati tu punye 22 hengget"



Punye la kuat bersembang.. Stakat ko punye brooch rega 13 hengget tapi stok pakai kejap batu sume dah tanggal tak payah la ko nak kecoh!!

Dush!! Dush!! (Nampak gigi korang bertabur tu?? Gi kutippp!!)

Hangin ler.. Kalau nak berniaga gi la cafe mangkuk!!! Ada ke buat marketing kat surau! Terbantut misi me nak tido..

Udahnye me bangun, gi gosok gigi, amik semayang.. Pastu harus ler semayang kan??

Naik atas, budak2 sume dah bangun tido n kebuluran.. Udahnye misi makan megi pulak.. hahaha.. Itu je la keje..

Huh, tak sabar nak balik nih.. cepat la pukul 5, nak terus besit balik umah..

Anyway, kepada sume umat Islam, me ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak... Semoga dapat pose penuh (yang pompuan exceptional la kan?) Yang preggy kalau rasa bleh, teruskan.. kalau takleh jangan paksa2.. lepas raya beranak sok, korang ganti ler balik.. Udah, malas nak dah merapu dah.. Pose elok2, jangan pose yang-yuk.. :)

Sunday, August 16, 2009

SENTAP

Lately nih memang rasa makin malas nak update blog.. Yang rajinnye, membaca blog orang.. :)

Anyway, skang me dah 2 month's preggy.. Dan biasa la, tak tau la orang lain, tapi untuk me, since preggy nih memang berjiwa sensitif dan cepat sentapp.. Huhuhu.. Kalau ada orang yang memahami tu, baguih lerr.. Tapi dapat dengan orang yang tak peduli perasaan orang lain, huh!! Masak gue!!

Kes nya, this person is actually close to me.. We've been thru a lot together, thick and thin.. And all this while, i have been very understanding with this person's condition, no matter what.. So, since dah preggy nih, i hope the same from this person but unfortunately, this person has been very sarcastic and menyakitkan hati!!!! Haih!! Payah ler.. At this point pun still nak me yang aware of dia punye hati and perasaan sedangkan bile me nak ngadu pape, haraammmm dia nak dengar.. Still dia leh kasi ayat, "ala, tu perasaan je tu.." BANGANG!!! Pasni kalau dia nak ngadu pape, memang me nak bagi the exact answer!!! Baru dia tau camne rasa!! Me bukan la nak mintak dia balas balik kebaikan me yang tak seberapa tu kan, just sedikit understanding daripada dia.. Susah ke?? BESAR sangat ke permintaan tu?? Payah nak cakap ngan orang yang pentingkan diri ni..

Tapi memang me skang nih slalu sentap dengan dia, dan dah malas nak amik pot.. Bosan ah layan orang cenggini.. Bila me dah takde dalam hidup dia baru dia nak realize how precious i am kot?? (wahh!! sempat perasan precious lagi tu!!! ngeh3x).. Please ler, tak rugi pun kalau sekali-sekala ko menyelami perasaan orang dan memahami.. Bukan ko sorang je ada perasaan kat dunia nih!

Sunday, June 28, 2009

Tak Kenal Maka Tak Cinta, Dah Kenal Macam ......???

It's been quite a while since my last entry.. Lotsa things happened in the past few months.. My hubby was sick for almost 2 months, and I have to bring him to Perak & Kedah for "traditional treatment".. Since there was no changes, my dad called and asked me to bring my hubby back to KL.. Thanx to my auntie, who suggested and recommended this person to us, Alhamdulillah, my hubby is now getting better and better each day.. And it worth my 2 weeks annual leave and 2 weeks half paid leave + mc (on & off).. Hopefully my hubby sihat sejahtera selalu selepas ini.. Amin...

Anyway, cerita di atas takde kene mengena ngan tajuk di atas.. Sebenarnya tetiba semalam terfikir sesuatu.. I had a conversation with someone, dan ntah nape, me rasa semakin lama me kenal dia, me rasa semakin menyampah dengan dia.. Me rasa this person sangat membosankan dan memang dah rasa stok malas nak layan dia nih.. Me rasa dia dah tak macam dulu - skang semakin POYO.. dulu we all had fun together.. but now, baru dia bukak mulut nak cakap pun me dah rasa Zzzzzzzz.... Nape leh jadi cenggitu haa??

Wednesday, February 4, 2009

Pet Society

Hmm.. dah lama gak tak update blog nih.. Hehe.. Malas.. Tapi bile tengok orang lain dok gigih mengupdate, rasa cam nak update gak.. Mmmm.. pe nak story ea??

Haa! Ni cite ex-baby sitter.. Before ni me ada story pasal ex-babysitter me kan?? Ingatkan sume dah settle.. But then, last week, dia dah kol lagi.. Tapi kali nih dia kol my hubby.. 2 hari berturut2 dia kol, nak mintak jugak anak me balik kat dia.. Huh!! Malas me nak layan.. Tu la, dulu sombong sangat kan?? Skang, sebarang surat-menyurat, panggilan telefon dan rayuan tidak dilayan!! Haikal pun dah sonok sangat nampak dengan baby sitter baru.. So, buat pe nak tukar2 lagi, tul tak?? Hopefully, habis sampai kat sini je la hal ngan ex-babysitter tu.. Boring la nak layan dia.. Hehehe..

Skang nih, me dan kengkawan dok addict layan Pet Society dekat Facebook.. Sonok gak laa.. Boring2 layan virtual pet kan?? Nak bela kucing bebetul nak kene bagi makan, mandi, nak bawak jumpe doktor kalau sakit, nak buang taik dia lagi, nak layan dia main lagi, dan lagi dan lagi.. Huh.. banyak keroje nye.. Tak payah!!

So, layan la menatang nih.. Kite kene bagi dia makan, mandi, main2 gak ngan dia.. Boleh pegi race, shopping furniture, baju, kasut, macam2 la.. Best gak nih.. Pada sesapa yang ada FB tu, sile2 la layan Pet Society ni eh? Boleh Pinkey (my pet) tambah kawan.. Macam mana rupenye?? Cam gini..


Ni antara aktiviti yang bleh dibuat dalam Pet Society.. So, meh ler layan ramai2..

Wednesday, January 7, 2009

hmmmmm.. nak fikir jap..

Been tagged by fidah on '16 random things, facts, habits or goals about u'... nih directions dia..

Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog/Facebook note with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this..

hmmm.. kene pk jap.. caiyok!!

1. me nih suke fikir bende yang ntah hape-hape.. kengkadang tak logik pun ada gak.. tak tau camne nak buang tabiat berfikir melampau tu..

2. tulisan suka tukar-tukar.. kejap panjang, kejap gemuk, melintang, bulat, ikut mood.. suka jugak tiru tulisan orang lain.. hehehehe..

3. sangat suke binatang yang comey-comey.. dulu penah bela kucing.. hamster pun penah gak.. ada sekali terasa nak bela tupai, tapi cam leceh plak nak jinakkan dia.. hmmmm... kalau anjing tu tak susah nak bela (ye la, kang berak nak kene samak bagai..) mesti me dah bela anjing yang comey ala2 anjing Paris Hilton tu..

4. dulu me suka sangat kaler pink.. sket2 nak pink.. tp skang nih suka plak kaler putih.. nampak cam suci je.. heheh..

5. bercinta dengan hubby 9 tahun, seblom akhirnye kawen.. dari umo bape?? 16 tahun.. (kawin umo bape kire sendiri) hahah.. form 4 dah menggatal.. sib baik kekal sampai kawin.. alhamdulillah..

6. sekarang suke layan cite Reaper.. karaktor feveret - Socks.. si gemuk ngan rambut cacak tu.. rasanya kalau takde dia, takde si Reaper dapat tangkap sume soul tu masuk neraka balik..

7. suke lelaki yang chubby.. ala2 Afdlin Shauki.. tapi skang dia tu gemok sangat.. suke chubby cam zaman2 dia berlakon soal hati tu.. rasa cam sedappp je nak peluk2.. hehehe.. tapi, dpt hubby - sgt kurus kempeng.. hahaha...

8. masa kawen, kengkawan sume agak terkejut.. bukan apa, tak sangka yang kitorang nih kawin jugak.. hahaha.. dulu kalau tak gaduh tak sah!! dan skang dah ada anak - Haikal, sangat sayang dan geraaaammm ngan dia tu.. nakal!! hisssshhhhh!!!

9. sangat suke membaca.. kalau zaman skolah dulu, Ahadiat Akashah memang terbaik laa.. hahahaha.. pastu sangat suke Sidney Sheldon etc, tapi since dah ada anak, hobi tu terpaksa dilupakan sebab... anak me pun sangat suke mengoyakkan buku.. tak bleh nak bukak buku depan dia.. ciss..

10. sangat benci orang yang hipokrit... memang tak layan laa..

11. hormat pada orang yang layak dihormati sahaja.. tak kisah la kalau dia muda dari kita pun, if that person deserves it, i'll respect him/her.. kalau harap je umo tua, tapi perangai ntah hape ke jadah, boleh blah!!

12. masa zaman sekolah dulu, me adalah seorang tomboy!! hahaha.. rambut memang pendek gilerr.. siap cukur blakang ngan tepi.. tak hengat!! tapi walaupun tomboy, ada gak orang minat tuu..

13. zaman student dulu, me sangat kurus.. berat pernah mencecah 40kg je.. tapi sangat banyak makan, badan tanak naik.. best tul masa tu.. tapi skang, huhh!! makan sket, naiknye macam makan banyak sangat.. tensen!!!

14. dalam tempoh 2 tahun, me penah keje kat 4 company yang berlainan.. masa tu mencari tapak yang seswai, bos yang seswai, colleagues yang seswai.. dan akhirnye, skang dah melekat kat UPM.. alhamdulillah.. kat sini sumenye okeh belaka.. bos pun gila2, colleagues pun muda2, dan tak jauh dari umah, jalan pun tak jem nak gi n balik keje.. itu antara ciri2 yang dicari jugak laa.. dah tak larat nak keje kat kl.. huhhh!! nak ngadap orang ramai, nak berhimpit dalam train, nak berkejar pegi ofis lagi.. sampai ofis dah mengah.. tak sanggup dah..

15. me jugak agak senang marah.. kalau ada something yang tak menepati kehendak me, memang hangin satu badan.. tapi me cepat cool.. senang dipujuk.. bagi lolipop pun dah cukup.. hahahaha.. senang kan?

16. last but not least.. me skang sangat hepi ngan family.. satu perasaan yang me tak sangka dapat rasa.. ada husband and son, hati rasa sangat tenang dan senang.. biasa la, ada la ups and downs, but then, itu la yang membuatkan kite lebey matang and bertanggungjawa.. ececeh!! =)

fuhhh!! habis jugak.. krem otak nak pk.. hahaha..

ps: sape2 nak buat tag ni boleh buat.. sila2.. ain, kak yati, ina, marsyita, maria, rena, sis mimah, sis shieda, hisham, shiqin, ila, eeja, leen lee, hazilin dan erni antara yang di tag.. sile buat yerr.. yang len pun bleh buat gak.. lagi ramai lagi meriah.. hehehe... caiyok! caiyok!!

Tuesday, January 6, 2009

Blood Donation

Hari tu me jalan2 kat Jusco Cheras Jaya nih.. Tengah jenjalan tetiba nampak ada bukak satu area untuk orang derma darah.. Me memang tak penah pun derma darah seblom nih.. Tetiba my hubby kata "jom kite gi derma darah nak??" Me pun, okeh je la.. sebab tak penah kan, nak gak try..

So, me n hubby gi la isi borang sume, skali bile time timbang berat, my hubby tak lepas plak.. Kurang berat badan.. hahah!! Nak buat camne, my hubby memang kurus, tapi bukan tak bagi makan.. Pada yang kenal my hubby, hmm... melantak bleh tahan gak kan?? Tapi memang spesis badan takmo naik.. Hampeh..

Jadi me sorang je la pegi.. Dia ada buat interview sket.. Tanya family history kot ada penyakit pape ke, kot ada HIV ke Aids ke.. So takde hal la tu kan?? Alhamdulillah me come from family yang sihat gitewww... Lepas je interview, dia isi buku merah kecik, buku untuk derma darah la.. Then me proceed la ke tempat derma darah tu..

Memula agak nervous jugak, takut plak tengok jarum dia bleh tahan besar.. Haih.. Takpe.. Ni kire berbakti gak nih kan? So nurse tu pun cucuk... eleh, tak rasa pe pun.. Heheh.. Kejap je dah penuh.. Pastu dia stopkan darah tu, then rilek jap, pastu dia bagi minum n makan roti+biskut.. Jadi la kan?? So me tengok buku tu dia tulis me dah derma 450ml darah.. Banyak gak tu.. Dekat2 nak masuk dua kotak susu tu! Heheh..

Berjaya la misi me menderma darah.. Rasa puas hati dan sangat hepi.. So, pasni bleh la derma lagi.....


Tengah get ready...

Tu.. Dah kuar dah darah tu..